22 Jul
PENGERTIAN LOGO TKRS

Sebagai panduan, Logo Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sebenarnya membawa makna yang tersendiri yang mungkin ramai tidak mengetahui. Berikut adalah pengertian Logo / lambang TKRS sebagai makluman kepada semua. 

3.0  Pengertian logo 

3.1  Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala   yang tidak sihat.  

3.2  Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.  

3.3  Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.  

3.4 Buku yang terbuka dan rehal  melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira  keturunan dan kaum, agama dan latar  belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 

 3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.  

3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.  

3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.  

3.8  Warna putih melambangkan  keikhlasan serta kesucian.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING