26 Aug
7 TUJUAN UTAMA TKRS DITUBUHKAN

Tujuan KRS & TKRS ini ditubuhkan ialah:    

2.1 Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,                berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.  

2.2 Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan                           amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai                murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  

 2.3 Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah,                               budaya lepak dan juvana.  

2.4 Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-                              pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan                     memimpin.  


2.5 Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan                     Negara Malaysia.  

2.6 Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan                     nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup                                       bermasyarakat dan bernegara.  

2.7 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu                           semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING